(Teringat dengan idea lama untuk tulis posting ni setelah mencedok tema dari Chewah.. )
Tajuk hari ini adalah Terma Si Leman atau terjemahan terusnya adalah "lay man's term". Apa yang dapat dikatakan disini adalah, mengikut perbendaharaan bahasa Inggeris, "lay man's term" maksudnya adalah bahasa mudah yang digunakan oleh orang kebanyakan. Jadi pada hari ini ingin saya kongsi bersama penemuan kajian saya yang terkini yang mana setakat yang saya tahu, tidak ada lagi orang lain pernah memdapat penemuan sebegini.
Saya dengan sengajanya mahu menggunakan bahasa Melayu untuk posting yang ini kerana satu tujuan iaitu ingin memartabatkan bahasa ibunda saya selain mahu memberikan kelebihan kepada orang-orang yang berbahasa Melayu sahaja memahami posting kali ini. Niat saya cuma untuk menggunakan blog ini sebagai wadah penyebaran maklumat saintifik dan teknologi yang terkini. Dengan harapan agar dapatlah ia mendatangkan manfaat kepada mana-mana pihak yang berminat.
Kajian saya selama beberapa bulan nampak gayanya sudah membuahkan hasil tidak seperti yang disangkakan. Mungkin ada kalangan pembaca blog ini ada terjumpa dengan terma-terma seperti "ionic liquid". Inilah dia kajian saya mengenai cecair ionik yang mana banyak pihak mengatakan bahawa ianya sangat mesra alam. Dalam kajian ini, saya ingin melihat sebaik manakah cecair ionik ini boleh diguna semula setelah digunakan sebagai bahan larut didalam proses-proses kimia yang sedia ada. Sebenarnya proses kimia yang saya maksudkan itu adalah proses yang biasa digunakan dalam industri pembuatan disekeliling kita.
Contoh mudah dan terdekat adalah penggunaan cecair pelarut di kilang-kilang pembuatan cat. Cecair pelarut yang biasa digunakan kebiasaannya adalah terdiri dari bahan-bahan kimia berbahaya. Ini adalah disebabkan ciri-ciri mudah meruap dari keadaan ia cecair terus sahaja menjadi wap dan terlepas ke udara sehingga bercampur dengan udara persekitaran dan masuk ke dalam pernafasan kita. Namun begitu, cecair ini amat diperlukan untuk memastikan bahan cat tadi tidak berubah bentuk menjadi kental dan sebagainya. Kepincangan yang terdapat disini adalah ciri-ciri mudah meruap tadi menyebabkan udara sekeliling tercemar dan juga membahayakan kesihatan hidupan terutamanya manusia.
Kesedaran mengenai perihal ini telah maklum diperingkat antarabangsa sehingga PBB sendiri mahukan pendekatan lebih proaktif untuk mengurangkan penggunaan bahan kimia berbahaya ini tadi. Oleh kerana itu, ramailah ahli kimia dan saintis yang menyahut seruan PBB untuk menghasilkan bahan yang lebih mesra alam dan tidak berbahaya kepada hidupan di Bumi ini. Disinilah titik permulaan pengeksploitasian cecair ionik tadi. Cecair ionik bukanlah satu bahan yang baru ditemui. Secara amnya ia adalah garam ionik seperti Natrium Klorida garam masakan yang kita gunakan seharian.
Pun begitu, jangan pula ingat Natrium klorida, garam masakan tadi boleh menggantikan cecair pelarut dalam proses kimia tahap kilang besar tadi. Ia tidak dimaksudkan begitu.
Ahli kimia telah berjaya mencipta beberapa jenis cecair ionik untuk tujuan penggunaannya dalam proses kimia skala besar untuk penggunaan industri cat, minyak dan gas dan sebagainya. Walaupun telah tercipta, masih ramai lagi syarikat-syarikat besar yang was-was untuk melaksanakan penggunaan cecair mesra alam ini. Bagi mereka cecair ini belum lagi terbukti kemampuannya menggantikan cecair pelarut yang biasa.
Disini, mulalah inisiatif Professor yang menyelia saya, dia nampak akan peluang membuat ujikaji terhadap cecair ionik ini. Ujikaji ini pada dasarnya bertujuan untuk menyokong fakta-fakta ahli kimia bahawa cecair ini boleh diguna semula agar pembaziran dapat dikurangkan. Dalam eksperimen saya, saya akan cuba untuk memisahkan cecair ionik dengan bahan pencemar yang biasanya terdapat dalam proses-proses kimia lain.
Setelah beberapa (banyaklah jugak) siri eksperimen saya jalankan, saya menjadi keliru kenapa keputusan kajian tadi tidak seperti yang saya harapkan. Sepatutnya keputusan hasil dari kajian ini dapat menyokong bahawa cecair ini mampu memberi lebih kebaikan kepada pengusaha kilang dengan memberi pulangan yang baik dan mengelakkan pembaziran. Jangan lupa yang harga cecair ionik ini masih terlalu mahal buat masa kini. Nampak gayanya, pendekatan untuk dapat mengguna semula cecair ionik ini sedikit meleset dari jangkaan kami. Benar ia boleh diguna semula, namun dari kajian ini juga saya dapat tahu bahawa banyak lagi kelemahan yang ada pada cecair ini. Contohnya ia tidak dapat bertahan pada suhu di atas lebih kurang 150 darjah
celsius. Selain itu, pembuatan garam ionik ini yang masih diperingkat kecil-kecilan menjadikan kualiti pembikinannya agak kurang memuaskan. Apabila ia kurang baik, maka prestasi ia berfungsi sebagai pelarut akan juga berkurang.
Oleh kerana itu, dapat saya simpulkan bahawa jika sekiranya kajian saya ini dicetak sebagai bahan kajian saya, maka saya mungkin akan menjadi orang pertama yang menyangkal pendapat ahli-ahli kimia lain. Memang kalau hendak diikutkan pun, Jurutera Kimia dan Ahli Kimia memang sangat susah untuk bekerjasama lagipun. Tidak sebulu, tidak sekepalalah katakan.
Harapan saya, terma si leman saya kali ini dapatlah sedikit sebanyak merangsang pembukaan minda semua yang memahami pembacaan ini.

No comments:
Post a Comment