Dari hatiku yang lara..
Iman itu bagiku ibarat pakaian kita umat Muhammad. Bayangkanlah pakaian kita yang paling mahal, paling cantik. Mesti kita akan menjaganya sebaik mungkin supaya tahan lama daripada menjadi lusuh. Bayangkan kita terlupa tentang pakaian mahal kita tu, sekejap saja terlupa semasa makan contohnya, tiba2 tertumpah pula kuah kari.. Mesti pakaian kita tu jadi kotor dan susah nak dibasuh. Sudahlah kotor, degil pula tu kotoran dia, bayangkanlah kalau kari ayam yang tumpah..
Ada juga ketikanya pakaian yang kita pakai tu terkoyak.. Kita pula tidak sedar, dan masih terus memakai. Bukan ke nanti ia akan menampakkan sedikit bahagian tubuh kita ni. Secara tidak sedar, kita membuat diri vulnarable terhadap orang lain.
Bayangkan iman yg sempurna sebagai pakaian yg sangat indah. Adakah kita berasa senang hati? Bayangkan pakaian yg tak cantik itu iman yang tak sempurna, adakah kita masih ingin memakainya. Renung2 kanlah..
No comments:
Post a Comment