Anyway, tinggal beberapa hari, minggu saat dan jam aje lagi para bloggers sekalian akan dapat menatap posting dari tanah United Kingdom ini.. Selepas ni nampaknya penulis akan (dengan izinNya) pulang semula ke tempat asalnya setelah setahun setengah berada jauh dari lingkungan tanah besar Malaysia.
Buat masa ni, kerja-kerja pemprosesan untuk menyusun dan mengeluarkan barang-barang untuk dibawa pulang sedang berlangsung. Jadi keadaan agak kucar-kacir dan bersepah-sepah. Terutama bila muatan beg cuma 20kg sahaja yang dibenarkan. Nampaknya, cuma pakaian (uniform kerja) dan keperluan yang cukup-cukup sahaja akan dibawa dengan kapal terbang.
Pada waktu yang sama juga, penulis ada menulis pelbagai jenis senarai yang harus diuruskan sebelum pulang ke tanah air.
1) Senarai souvenir untuk keluarga dan sedara-mara (yang terdekat sahaja)
2) Senarai souvenir untuk kekawan (yg paling baik sahaja)
3) Senarai apa benda pertama nak dibuat, dimakan dan dilihat setelah menjejakkan kaki di KLIA nanti.
Disini penulis membuka cadangan untuk pembaca sekalian memberikan sedikit buah fikiran membantu membuat senarai tersebut.
~Ta
No comments:
Post a Comment