Saturday, January 29, 2011

the thrill of personal money management

Macam-macam cara kita nak kekal hidup di bandar-bandar besar ni. Bagi saya, ia ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Yeap, dah melaluinya.. terima kasih kepada Kad Plastik Hutang ini yang membenarkan saya berada dalam situasi kais mengais ini.

Jadi, macam mana kita nak keluar dari kemelut kewangan begini? Dengan gaji tetap setiap bulan, yang akan-akan berada didalam kelas berpendapatan rendah di KL (


Personal finance adalah perkara yang ramai orang tak berapa suka nak tau, mungkin sebab ianya renyah, leceh dan mengecewakan. Percayalah, ia banyak kelebihannya, salah satunya sebagai talian hayat kita untuk terus Kais Pagi Makan Pagi setiap hari di Kuala Lumpur dan mana-mana bandar besar di negara kita. Untuk menjadi rakyat yang mudah mendapat kelulusan kredit (pinjaman rumah, kereta, peribadi dan capital untuk perniagaan), kita sendiri harus memastikan kita dipandang sebagai seorang individu dengan perilaku kredit yang baik. Maksudnya disini:-
1) Sentiasa bayar hutang kad kredit (minimum amount) tu on time. Lagi bagus kalau dapat bayar keseluruhan.
2) Sentiasa peka kepada pertambahan bill-bill telefon dan bayar bill-bill anda ontime, kalau tak credit rating kita jatuh
3) Sentiasa pastikan hutang pinjaman pelajaran anda (PTPTN, JPA, MARA etc) at least dilunaskan secara berkala.
4) Sentiasa pastikan anda bayar cukai individu on time.


Point no.3 adalah penyebab paling mudah menyebabkan permohonan pinjaman kita, ditolak. Antara lain kesannya adalah, anda pasti tak akan lepas ke luar negara hanya kerana tidak melunaskan hutang-hutang PTPTN. Percaya atau tidak, inilah yang paling popular sekali.

No comments: