Hari ini saya bersama kawan-kawan dari Malaysian Student's Society of Manchester pergi ke tempat yang namanya Congleton. Kami ke sana untuk bersuka ria. Kami ke sana dengan bas. Ada juga yang berkereta, tetapi tidak ada yang berbasikal atau berjalan kaki kerana cuaca sangat sejuk. Hari ini, saya memakai 3-4 lapisan pakaian kerana cuaca yang amat sejuk. Tapi saya masih juga merasa sejuk. Saya pun menjadi hairan, tapi sebenarnya saya malas nak jadi hairan.
Kami pergi bersuka ria di Congleton dengan cara bermain Paintball. Inilah pertama kali saya bermain Paintball. Saya tidak tahu macammana untuk menembak atau cara kena tembak. Pertama kali kena tembak saya rasa sakit sekali. Saya juga tak mahu menyerah kalah. Jadi saya pun berjuang secara kamikaze dalam beberapa siri peperangan kami. Kawan-kawan saya yang lain semuanya bagus-bagus belaka. Oleh kerana itu, kumpulan saya iaitu PUTIH menang dan kumpulan OREN kalah.

Setelah pulang ke rumah, saya berasa sakit-sakit badan. Rupa-rupanya badan saya lebam-lebam. Maka, saya pun menyapukan minyak gamat di tempat yang lebam-lebam itu.
Inilah kali pertama saya bermain paintball. Saya berasa amat seronok. Esok pula hari Ahad. Saya ingin mengajak kawan-kawan bermain futsal pula.
No comments:
Post a Comment